Anak Kucing Terlalu Gembira Dengan Keluarga Barunya Sehingga Terlupa Dirinya Adalah Seekor Kucing

Seekor anak kucing yang berusia 5 bulan telah ditemui dalam keadaan terbiar oleh sebuah keluarga. Kerana perasaan kasih dan kasihan kepada haiwan terlalu tinggi akhirnya mereka membawa anak kucing itu pulang ke rumah dan merawatnya. Semakin hari mereka semakin sayang kepada anak kucing tersebut yang telah diberi nama Komari.

Biarpun mereka telah memelihara lima ekor ferret yang comel dan manja, ternyata mereka sekeluarga tidak sukar untuk menerima ahli baharu dalam keluarga mereka iaitu Komari. Lalu memutuskan untuk terus memelihara Komari bersama ferret-ferret yang lain.

Komari telah ditempatkan di dalam sangkar yang sama dengan lima ferret tersebut. Ternyata ferret-ferret itu juga menyenangi kehadiran Komari dan disebabkan itu Komari seakan-akan terlupa ia sebenarnya kucing dan bukannya ferret.

Lihat aksi comel Komari yang sentiasa bersama-sama dengan ferret-ferret tersebut yang sudah dianggap seperti keluarganya sendiri.

Anak kucing yang ditinggalkan ini ditemui ketika ia berusia 5 bulan dan dinamakan Komari

Walaupun keluarga ini sudah memelihara 5 ekor ferret, tetapi kehadiran Komari disenangi oleh mereka sekeluarga dan memutuskan untuk terus memeliharanya

Melihatkan kemesraan Komari bersama ferret-ferret tersebut membuktikan ia diterima dalam keluarga baharu itu walaupun ia bukanlah daripada spesies yang sama

Nampaknya Komari seakan-akan terlupa ia adalah seekor kucing dan bukannya ferret!

Apa sahaja yang dilakukan oleh 5 ferret itu, pasti Komari turut menyertai mereka

Pelukan komari melihatkan ia seolah-olah melindungi ferret itu

Biarpun berada di dalam sangkar yang luas, mereka lebih suka tidur berhimpit-himpit

Komari tidak mempedulikan tindakan ferret yang menggigitnya, baginya itu tanda kasih sayang

Waktu mandi pun masih bersama-sama

Lihatlah cara mereka tidur. Comel betul!

Wah! waktu makan yang menyeronokkan. Pasti mereka tidak bergaduh sesama sendiri

Gaya swafoto Komari, pasti mencuri perhatian sesiapa yang melihatnya!

Sumber: ERA BARU

Add Comment