Anak Kucing Menderita Selama Seminggu Tidak Dapat Makan Dan Minum Kerana Tersekat Dalam Mayoni

Kisah ini berlaku di WILKES-BARRE, Amerika Syarikat. Seekor kucing yang dinamakan Miracle telah tidak sengaja memasukkan kepalanya ke dalam botol mayonais.

Miracle yang merupakan kucing di jalanan, kemungkinan berasa lapar dan terjumpa sebotol mayonais yang dibuang. Oleh kerana kandungan botol tersebut masih belum busuk dan belum sepenuhnya habis, dia dipercayai cuba menjilat kandungan botol tersebut dan memasukkan kepalanya terlampau dalam sehingga tersekat.

Miracle telah dijumpai oleh orang awam dan dibawa segera ke klinik haiwan untuk membuka botol tersebut dari kepalanya.

Dr Inayat Kathio dari Pittson Animal Hospital telah berjaya mengeluarkan botol tersebut dari kepala Miracle secara PERCUMA!

Miracle mengalami kecederaan ringan akibat terlampau lama dan berkemungkinan ia banyak terhantuk ketika cuba mengeluarkan kepalanya.

Mujurlah ia masih dapat diselamatkan dengan segera. Memang sukar untuk terselamat dari kejadian ini apatah lagi tanpa dapat makan dan minum!

Inilah rupa botol yang tersekat di kepala Miracle.

Satu pengajaran kepada kita supaya tidak membuang sampah begini merata – rata kerana ia boleh membahayakan haiwan di luar sana! Bayangkan kalau terjadi kepada anak bulus anda!

Sumber: Cutekiut

 

Add Comment