Anak Kucing Melepaskan Diri Kerana Tersangat Bosan

Sejauh mana pun anda melangkah anda pasti perlukan seorang kawan, untuk menjadi teman yang selalu ada di sisi anda yang boleh memberikan semangat dan sokongan dalam melakukan sesuatu. Kita boleh hidup sendiri tetapi tidak ramai yang mahu hidup sendiri. Kita perlukan seseorang yang boleh berkongsi segalanya, yang faham akan apa yang kita alami.

Mungkin itu yang dirasakan dua ekor anak haiwan ini. Mereka nampaknya begitu memerlukan antara satu sama lain. Hidup bersendirian mungkin membuatkan mereka sunyi sehingga mereka perlu merancang sesuatu supaya mereka dapat bersama.

Anak kucing ini akhirnya menjadi ‘hero’ dengan memanjat kaca yang memisahkannya dengan teman barunya, seekor anak anjing. Walaupun dia mengalami kesukaran tetapi dia tidak berputus asa untuk meneruskan rancangan mereka. Apa yang paling ‘manis’ ialah apabila kawannya juga sepertinya tidak putus-putus memberikan semangat kepadanya dan meyakinkan bahawa dia boleh melakukannya.

Akhirnya rancangan mereka berhasil dan mereka pun bersatu… Inilah yang dinamakan sahabat!

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment