Anak Kucing Berjaya Diselamatkan Daripada Menjadi Mangsa Serangan Buaya

Siapa sangka hari yang tenang, indah dan mendamaikan rupa-rupanya ‘dihidangkan’ dengan sesuatu yang benar-benar luar biasa. Seperti pemancing ini, tiada siapa sangka mereka akan menerima ‘tetamu’ yang benar-benar tidak dijangka ketika mereka sedang memancing.

Ketika mereka sedang memancing tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seekor anak kucing yang berenang ke arah mereka untuk diselamatkan.

Mereka sendiri tidak percaya seekor anak kucing yang masih kecil boleh berenang sejauh itu. Tidak lama selepas itu muncul seekor lagi anak kucing lain yang juga turut berenang ke arah mereka. Mereka kelihatan mirip antara satu sama lain, kembar barangkali.

Lelaki yang bernama Jason itu segera mendapatkan anak kucing tersebut dan meletakkannya di atas bot. Menurutnya itu adalah pengalaman baru yang belum pernah dilalui sebelum ini.

Tidak pasti apa sebenarnya yang berlaku kepada anak-anak kucing itu sehingga mereka boleh berenang di sungai tersebut. Walau apa juga yang telah berlaku, kedua-dua mereka yang berjaya menyelamatkan nyawa anak-anak kucing itu!

Tonton video di bawah untuk melihat sendiri kejadian itu dan bagaimana mereka akhirnya diselamatkan oleh lelaki-lelaki berhati mulia ini!

Sumber: www.erabaru.com.my

Add Comment