Anak Anjing Yang Luka Kakinya Meminta Bantuan Abang Polis Untuk Membantunya

Melihat seekor anjing kecil yang comel dalam keadaan terbiar ditambah lagi dengan kecederaan pada kakinya membuatkan seorang polis memutuskan untuk menjaganya sementara menunggu tuan kepada anak anjing itu untuk datang mencarinya.

Selain memberikan makan dan menjaganya, polis itu turut membawa anak anjing itu berjumpa dengan doktor haiwan untuk mendapatkan rawatan.

Bagaimanapun, pegawai itu berharap supaya pemilik anjing itu dapat ditemui semula atau mungkin ada seseorang yang bersedia untuk mengambil dan menjaganya.

Oleh kerana risau kalau-kalau ada anjing liar yang mengganggu anak anjing putih itu, polis itu akhirnya memutuskan untuk membiarkan anak anjing itu tinggal di balai polis sehingga ada yang mahu menjaganya.

Setelah sekian lama menunggu masih tiada yang mahu mengambil anak anjing itu, pihak polis kemudian mengumumkan bahawa mereka akan mengadopsi anak anjing itu membuatkan penduduk tempatan memuji dan bersetuju terhadap keputusan itu.

Sejak itu tiada lagi yang perlu dirisaukan anjing itu. Dia mempunyai tempat tinggal serta kawan-kawan yang sukarela menjaganya di balai polis itu.

Jika dahulu dia hanya anak anjing yang kecil tetapi kini lihat perubahannya. Dia membesar dengan sihat sekali! Dengan sekali pandang dia kelihatan seperti beruang kutub yang besar. Walaupun badannya sudah semakin membesar dia tetap kelihatan comel, sama ketika waktu kecilnya.

Jika balai polis lain menggunakan anjing garang sebagai ‘pengawal’ balai, tetapi balai polis ini hanya menggunakan anjing putih ini untuk menjaga balai polis. Anjing ini juga dilihat sebagai maskot balai polis di mata penduduk temapatan.

Sifat mesranya dengan anggota polis di situ membuatkan ramai orang awam yang menyukainya. Buktinya ramai yang menyukai laman Facebook balai polis tersebut membuatkan populariti balai polis itu semakin meningkat.

Nampaknya keputusan polis di sana untuk mengadopsi anjing ini adalah keputusan yang tepat. Sekarang anjing ini telah menjadi sebahagian daripada keluarga di balai polis itu. Setiap hari apabila mereka pergi bekerja, tugas pertama mereka adalah mencari ‘beruang kutub’ putih ini!

Sumber: Era Baru

Add Comment