Allahuakbar!! Labu Maaf Aku Tak Tahu Kau Diracun

Aku membela seekor kucing comel yang aku namakan dia labu, dia seekor kucing kelabu yang sangat comel dan disayangi aku. Hubungan aku dan labu sangat rapat macam adik beradik, memanglah kan dah haiwan kesayangan.

Tapi hari ini kebahagiaan aku dan labu terhenti setakat ini saja, aku ternampak jasad labu di atas tanah sudah mengeras tak bernyawa. Pada mulanya aku menyangka dia mati di langgar kereta, tapi sangkaan aku salah rupanya dia dianiaya orang.

Aku percaya ada seseorang mungkin jiran yang tidak suka akan kucing aku dan membunuhnya dengan racun. Ceritanya pagi tadi, aku bangun daripada tidur sebelum ke kerja aku mencari labu untuk berikan  dia makanan kesukaannya. Cari punya cari tak jumpa dia sembunyi ke mana.

Jam dah pukul berapa aku pergi ke kereta untuk bekerja tapi siapa sangka aku terjumpa labu dalam keadaan yang sangat menyayat hati, aku ingatkan dia mati akibat di lenyek kereta. Tapi bila aku dekati, mulut dia berbuih. Rupanya labu mati akibat diracun oleh jiran aku sendiri.

Image may contain: outdoor

Kenapa korang tergamak bunuh binatang tak bersalah? Kalau korang tak suka dengan binatang boleh guna cara lain kan, binatang ni pun ciptaan Tuhan jugak.  Kau elok-elok Tuhan cipta jadi manusia ada akal tapi bertindak seperti manusia tak berakal. Nak jugak jadi macam binatang yang tak ada akal.

Ingat sikit eh aku tak akan duduk diam tau, harap manusia yang buat ni dapat balasan daripada Allah.

Moga semadi dengan tenang yer Labu

Sumber: FB KELAB PENCINTA KUCING MALAYSIA

Add Comment