Aksi Comel Panda Berjalan Atas Tali Peniti Mencuit Hati Netizen

Kadang-kadang kita mendapat idea di kepala secara tiba-tiba dan ianya sukar untuk ditolak!

Mengendalikan atau mengatasi sesuatu yang menakutkan anda , seolah-olah memberikan anda kuasa. Sebagai seseorang yang benar-benar takut akan ketinggian dan ketidakseimbangan, agak malu rasanya untuk mengaku. Lebih-lebih lagi apabila bayi panda ini berjaya mengatasi kita yang penakut ini, berkat tekad dan kesungguhannya.

Inilah Pan Yue, dan ia memutuskan untuk mempamerkan persembahan berjalan di atas tali di sangkarnya, di sebuah pusat pembiakan spesis itu di China.

Mulanya, ia menstabilkan dirinya, dan kemudian ia bersedia untuk beraksi!

Ia berjalan dengan baik di atas tali

Saksikan video menakjubkan ini. Anda pasti akan teruja!

Percubaan melakukan sesuatu yang baru memang agak sukar pada mulanya. Tetapi, kejayaan akan datang dengan adanya kesungguhan! Tepukan gemuruh untuk Pan Yue yang berani dan comel ini!

Sumber: Era Baru

Add Comment