Aksi Comel Baby Kembar Peluk Sesama Sendiri

Kemungkinan untuk mendapat anak kembar empat tanpa bantuan rawatan kesuburan adalah satu daripada 729,000, dan untuk mendapat kembar empat seiras memang sangat jarang.

Emily, McKayla, Abigail dan Grace Webb, berumur 19 bulan, mula berpelukan sesama sendiri selepas menonton filem Disney, Moana.

Gadis-gadis kecil ini kelihatan tidak berpuas hati dengan satu pelukan. Mereka bergilir-gilir memeluk antara satu sama lain sambil menepuk belakang badan.

Ibunya, Bethani Webb, dengan cepat merakam video di telefon bimbitnya dan berkongsi video itu di laman Facebook “Webb Quadruplets Updates.“

Video ini telah menarik perhatian pengguna Facebook di seluruh dunia. Ia telah ditonton 45 juta kali dalam minggu pertama disiarkan.

Tonton video mereka berpelukan di bawah:

Sumber: ERA BARU

Add Comment