Akibat Kentut, Kawan Nyaris Mati Akibat Ditikam

Seorang pelajar lelaki nyaris kehilangan nyawa selepas dia ditikam dengan pisau oleh rakan sebiliknya hanya kerana mengadu mengenai beberapa kelakuan tidur suspek yang menjengkelkan semua penghuni bilik asrama tersebut, lapor World of Buzz.

Dalam kejadian tengah malam di bilik asrama di sebuah kolej di Beijing, China, mangsa dan beberapa rakan sebilik yang lain sedang lena tidur.

Bagaimanapun, salah seorang penghuni bilik berkenaan, Xiao Tian, terjaga dari tidurnya kira-kira jam 4 pagi kerana terdengar bunyi bising dalam bilik. Xiao yakin suara didengarnya itu adalah suara mangsa, Wong, yang meminta pertolongan sebelum terdengar suara seorang lagi rakan sebiliknya, Lau berkata:

“Aku akan tikam kau sampai mati!”

Terkejut dengan apa yang didengarnya itu, Xiao segera membuka lampu bilik dan ternampak Wong sedang bergelut dengan Lau yang mahu menikamnya dengan pisau.

Melihat keadaan bilik sudah terang, Lau tergamam dan sempat melihat rakan-rakan sebiliknya untuk seketika sebelum keluar dan membawa pisau berlumuran darah mangsa di tangannya itu ke bilik air. Tidak beberapa lama kemudian, Lau datang semula ke bilik dan langsung tiada tanda-tanda mahu melarikan diri atua mencederakan sesiapa.

Lau duduk di atas katilnya dan berkata pada Xiao, “Bukan mudah nak membunuh orang,” katanya.

Sebaik dilaporkan tentang kejadian itu, polis segera datang dan menahan suspek yang langsung tidak melawan, malah wajahnya langsung tidak menunjukkan sebarang rasa takut dan menyesal ketika itu.

Sementara itu, mangsa cedera di kepala, dada dan mulut akibat serangan tersebut. Selain itu, mata mangsa juga lebam dan cedera. Menurut doktor yang merawatnya, mangsa nyaris menjadi buta akibat dari kecederaan tersebut.

Menurut guru kelasnya, Lau bukan pelajar yang bermasalah tetapi hanya mengalami masalah psikologi.

Sumber:  THE REPORTER

Add Comment