Akhirnya Pencuri Telah Tertangkap, Dosa Yang Telah Dilakukan Oleh Dia

AUCKLAND: Siapa yang tidak akan mula curiga terhadap pasangannya jika mereka menemukan pakaian dalam di atas katil kekasih mereka. Bagi Ed Williams, beliau tidak dapat memberi penjelasan kepada temanitanya yang menemukan seluar dalam di hujung katilnya. Beliau ‘kantoi’ atas sesuatu yang tidak dilakukannya sama sekali.

Namun, beliau ‘terselamat’ daripada soalan bertubi-tubi yang dilemparkan ke atasnya. Ternyata, kucingnya yang bernama Mo dalangnya!

Encik Williams memberitahu agensi berita NZ Herald Focus bahawa pada awalnya, beliau menemukan sepasang pakaian dalam wanita di hujung katil.

“Hanya selepas beberapa minggu kemudian, kami ternampak Mo melintas jalan dengan T-shirt di mulutnya. Pada saat itulah kami menyedari, Mo dalangnya,” kata Encik William.

Dengan penemuan inilah, perselisihan antara Encik Williams dengan kekasihnya terlerai sudah, lapor Daily Mail.

Pakaian-pakaian yang dicuri kucingnya termasuk stokin, seluar dalam lelaki, seluar dalam wanita dan beberapa T-shirt.

Dalam tempoh seminggu, Mo mencuri antara 30 hingga 40 helai pakaian.

Menurut Daily Mail, Encik Williams akan memulangkan pakaian-pakaian yang dicuri kepada jiran-jiran yang sejauh ini memahami tabiat buruk kucingnya itu.

“Sesiapa yang ada pakaian yang hilang di Mount Eden, sila jumpa saya. Besar kemungkinan, pakaian anda ada dengan saya,” kata Encik Williams seperti ditukil Daily Mail.

– Agensi Berita/AQ/fa

Add Comment