Abang Delivery Selamatkan Kucing Yang Tersangkut Di Cermin

Semasa menghantar bungkusan seperti hari-hari biasa sebagai seorang dispatch, Eliseu Oliveria dos Santos terdengar suasana hingar-bingar di sebuah kawasan kejiranan. Dia mendapati, beberapa orang ramai berkumpul kerana ingin menyelamatkan seekor anak kucing yang terperangkap daripada tingkat tiga bangunan tersebut.

rescue-kitten-5

Tanpa membuang masa, Eliseu Oliveria dos Santos terus menawarkan diri untuk membantu. Walaupun dia sedar tangga yang disediakan tidaklah setinggi dengan kedudukan kucing, namun hati seseorang yang berani tidak menghalangnya untuk membawa kucing itu turun.

Dengan selamba, dia memanjat tangga itu sehingga ke tingkat tiga dan mendukung kucing itu sehingga mereka sama-sama turun ke bawah. Dari bawah, terdapat beberapa orang menyediakan kain rentang yang besar sebagai langkah keselamatan.

rescue-kitten-2

rescue-kitten-23

Eleiseu seorang yang pemalu seperti seorang wira yang merendah diri. Selepas menyelamatkan kucing itu, dia terus beredar dan hanya berkata dia rasa gembira dapat menyelamatkan kucing comel itu. Kita dapat belajar, untuk menjadi wira bukannya memerlukan kostum tetapi hati dan jiwa yang besar.

rescue-kitten-6

Namun, tindakan beraninya itu berjaya dirakam dan dimuat naik ke internet. Disebabkan itu, tuan kepada kucing itu dapat mencari Eleiseu untuk mengucapkan terima kasih.

Saksikanlah video yang berjaya dirakam ini.

Sumber: Era Baru

Add Comment