Abang Bomba Selamatkan Anak Kucing Tersekat Kaki Dalam Enjin Kereta

Kesiannya dengan nasib seekor anak kucing nih, ntah macam mana boleh pulak anak kucing ni tersesat dekat dalam enjin sebuah kenderaan jenis MPV Naza.

Lebih memilukan, bukan saja tersesat masuk dalam enjin tapi kakinya pula tersekat masuk dalam belting dalam enjin kereta terbabit.

Nasib baik la pemilik kenderaan terbabit sedar yang anak kucing tu tersepit dan berada dalam enjin semasa dorang tengah nak hidupkan kereta. Kalau tidak ntah la apa yang jadi pada anak kucing tu, qelai terus pa.

Namun begitu, dorang terpaksa memanggil anggota bomba untuk proses menyelamat. Dan hasil tindakan pantas anggota bomba dorang akhirnya berjaya juga keluarkan anak kucing terbabit. Kejadian ini berlaku di Kota Kemuning.

Walaupun begitu, anak kucing terbabit mengalami patah pada bahagian kakinya dan luka. Teruk jugak la kecederaan yang dialaminya tu..

Kucing tersebut telah pun diserahkan kepada pemiliknya dan dorang dah pun bawa kucing tu ke klinik berhampiran untuk mendapatkan rawatan.-TiraGomez/UtaraNews.com

Add Comment