Abang Bomba Berjaya Menyelamatkan Kucing Yang Terperangkap Di Dalam Paip

SEPASUKAN anggota bomba bertungkus lumus menyelamatkan seekor kucing yang terperangkap di dalam sebuah paip besi.

Video berdurasi satu minit itu dimuat naik oleh laman Metafora Anafora yang dipetik dari laman Sky News Arabiah.

Menerusi audio yang kedengaran pada video tersebut, anggota bomba berkenaan bertutur dalam bahasa Cina selain tulisan yang tertera di belakang salah seorang anggota berkenaan dan van putih yang berada di tempat kejadian.

Pun begitu, laman itu tidak menyatakan dimana dan bila kejadian itu berlaku malah tiada informasi terperinci berkaitan video tersebut yang dikongsikan.

Tiada tugas dianggap kecil dan remeh oleh anggota bomba. Adalah menjadi sebahagian daripada tugas pasukan dan anggota bomba menyelamatkan kucing sesat terperangkap, seperti mana kes kecemasan lain.

Mereka menggunakan segala kepakaran yang ada untuk menyelamatkan kucing malang itu.

Tindakan pantas mereka berbaloi apabila berjaya menyelamatkan kucing malang itu. Setelah diselamatkan, kucing malang berwarna kelabu dan putih itu terus berlari meninggalkan anggota bomba berkenaan.

Sumber: MYNEWSHUB.CC

 

Add Comment