7 Kanak Kanak Ditemui Dalam Keadaan Kotor Dan Berulat

NORTH CAROLINA – Satu pasangan telah didakwa atas pertuduhan mendera kanak-kanak selepas pihak berkuasa menemui tujuh kanak-kanak dalam keadaan tidak terurus dan kotor di rumah mereka, termasuk seorang bayi berusia 18 bulan dengan ulat di dalam lampin, lapor Daily Mail.

Susulan penemuan yang mengejutkan itu pada malam Jumaat lalu, Jamie Leigh Hiatt, 25, dan Michael Patrick McKnight, 26, ditahan dan didakwa atas enam pertuduhan mendera anak-anak mereka.

Difahamkan, McKnight adalah bapa kepada tiga orang anak, yang selebihnya adalah anak kepada Hiatt.

Ketiga-tiga kanak-kanak itu kemudian dihantar ke Hospital Kanak-Kanak Brenner untuk menerima rawatan lanjut. Manakala empat lagi kanak-kanak berkenaan diambil dan ditempatkan di rumah saudara mara mereka atau pusat jagaan untuk sementara waktu.

Hiatt dan McKnight dijatuhkan hukuman penjara, masing-masing dengan bon $100,000. Pihak berkuasa berkata, caj tambahan boleh ditambah dan kedua-duanya akan dibicarakan di mahkamah pada 20 November.

Sumber: The Reporter

Add Comment