2 Minggu Kucing Larikan Diri Daripada Rumah, Akhirnya Terjumpa Semula Di Tengah Jalan

Seekor kucing melarikan diri daripada rumah kerana dimarah lalu dia merajuk. Dikhabarkan dia melarikan diri lebih daripada 2 minggu tanpa khabar berita.

Puas tuannya mencari kucing kesayangannya, tapi dia langsung tak jumpa. Sangkarnya sayu tanpa kelibat kucing comelnya mengeow dan dia rindu akan pelukan kucing manjanya.

Namun, pada suatu hari sedang dia meronda kawasan dengan menaiki motor. Dia bertemu dengan kucing kesayangannya sedang menguis tanah.

Kucingnya amat terkejut melihat tuannya, lalu terus melompat dan mencium tuannya.

Please subscribe channel kucing ini untuk video kucing yang menarik

 

 

Add Comment